Tuesday, September 28, 2010

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431H / 2010M & PERASMIAN KRT TAMAN MARAN JAYA

TARIKH : 26hb September 2010 (Ahad)
MASA : 11.00 pagi - 2.30 Petang
TEMPAT : Gelanggang Serbaguna Taman Maran Jaya
KEHADIRAN : 500 ORANG

SEKALUNG PENGHARGAAN :

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Mengucapkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Bagi Memeriahkan Majlis

Kepada :-
  • YB. Ahli Parlimen Maran
  • YB. ADUN Kaw. Luit
  • Y.Bhg. Pengarah JASA Negeri Pahang
  • Y.Bhg. Wakil Pegawai Daerah Maran
  • Y.Bhg. Pegawai JPNIN Daerah Maran
  • Y.Bhg. Wakil Ketua Polis Daerah Maran
  • Y.Bhg. Pegawai Agama Islam Daerah Maran
  • Wakil Lain Lain Jabatan
  • Pengerusi JKKK Bak Bak, Keramat dan Bukit Kuin & AJK
  • Pengerusi Pengerusi KRT di Daerah Maran & AJK
  • Wakil Penduduk & AJK Taman Maran Impian
  • Dan Seluruh Warga Taman Maran Jaya
Sesungguhnya kehadiran tuan / puan telah memeriahkan majlis yang dianjurkan. Semoga program seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan warga TMJ, AJK dan pemimpin.

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian" 

                             Pengerusi KRT TMJ En.Haris Suhairi sendiri mengetuai
                                                         persiapan terakhir. Kiri : Timb. Pengerusi Tn. Hj. Mohd Amin
                                                         Turut kelihatan Timb. Pengerusi Surau TMJ dan Pengacara Majlis.
 Pasangan ideal En. Shahman / Pn. Hafizah bertungkus lumus
menyiapkan hiasan utk perasmian  
 
Ketibaan YB. Dato' Hj. Ismail Hj. Abd. Muttalib Ahli Parlimen Maran
sedang bersalaman dengan AJK KRT TMJ


Ketibaan YB Dato' Hj. Ahmad Munawar Hj. Abd. Jalil ADUN Kaw. Luit
di iringi Wakil OCPD Maran, Wakil DO,Pegawai JPNIN Maran
dan Cikgu Abidin selaku Penyambut Tetamu VIP

 Laluan gerbang mengalu alukan kedatangan para
jemputan / tetamu.



 Sebahagian AJK KRT TMJ

Timb. Pengerusi Surau TMJ membacakan doa.

Adik Muhammad Idham (Tunas Jiran) membaca ayat suci Al-Quran.

Pengerusi KRT TMJ En. Haris Suhairi menyampaikan ucapan.


Pegawai JPNIN Maran Pn. Naimy Hezlina menyampaikan ucapan.

YB. Dato Hj. Ismail Hj. Abd. Muttalib Ahli Parlimen Maran
menyampaikan ucapan perasmian

Tandatangan Perasmian KRT TMJ

Pengarah JASA Negeri Pahang (tengah)

Kami Juara Futsal Jiran Muda : Pasukan Huru Hura TMJ

Kami Juara Bola Jaring Jiran Muda : Pasukan No. 1

Cenderamata Ikhlas Drpd. KRT TMJ

Menjamu selera....

Menjamu selera nasi hujan panas berlauk opor istimewa
masakan Tn. Sy. Salim...

Satu lagi pasangan ideal menemani suami yg tercinta sedang makan..

Pak Cat tak pernah 'miss' hadir memeriahkan sebarang aktiviti KRT

Mengambil pelbagai juadah yang disediakan...

Menjamu selera ..dan kelihatan Bendahari KRT mengagihkan
duit raya kepada kanak-kanak.

Menjamu selera sambil berbual mesra semasa jiran tetangga...

Bergambar kenangan diakhir program..

Bergambar kenangan..

Klip video ucapan aluan pengacara majlis dan pengerusi KRT TMJ...



Klip video bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad Idham.


Ucapan Perasmian KRT TMJ oleh YB. Dato' Hj.Ismail b.Hj. Abd. Muttalib
Ahli Parlimen Maran



JUADAH YG SEMPAT DIRAKAM UNTUK TATAPAN SEMUA...

Disediakan oleh J/kuasa Masak diketuai Tn. Syed Salim Syed Zin...

Nasi hujan panas..

Ayam goreng menyelerakan...

Masak opor istimewa sungguh menyelerakan..best!!

Dalca...

Rempah ratus...

Hirisan halia untuk ramuan masakan...




Dan banyak lagi juadah yg menyelerakan seperti sata, kuih kemboja, agar agar pelbagai warna dll

Minuman juga 'best' air buah kiwi dan sunquick disediakan oleh J/kuasa Minuman diketuai En. Dahlan..

TERIMA KASIH DAUN KELADI...


 MAKLUMAN:

Harap maaf gambar kurang memuaskan apabila siap 'upload', untuk mendapatkan gambar yg jelas sila 'download' / 'copy and paste' dan 'adjust' laa..

  DAN...

KLIP VIDEO TUNGGU.... 

Monday, September 27, 2010

Jawatankuasa KRT TMJ Sesi 2009/2010 (JK Penaja / JK Pertama))

Kenali wajah-wajah ceria nadi penggerak KRT Taman Maran Jaya Sesi 2009/2010

Duduk dari kiri : En.Ismail Hashim (Allahyarham) (AJK), En.Shahman Hashim (J.Muda), En.Zulkepli Haron (S/usaha), Tn.Hj.Mohd. Amin Aman (Timb.Pengerusi), En.Haris Suhairi Abdullah (Pengerusi), Pn.Hjh.Asiah Jamaludin (J.Wanita), Pn.Sihilah Simone (AJK), Pn.Norsamsu Hj.Mohamad (J.W.Emas) dan Pn.Hjh.Noraini A.Bakar (AJK)
Berdiri dari kiri : En.Jefri Long (AJK), En.Kaswadinata Daud (AJK), En.Ahmad Saharudin Ab.Ghani (AJK), En.Mohd.Asri Samat (AJK), En.Mohd.Sarudin Hussain (AJK), En.Zaharin Osman (AJK), En.Hassan Badiazaman (AJK), En.Mohd.Yazid Abd.Malek (Pemeriksa Kira2), En.Mohd Nor Ismail (AJK)
Tiada dalam gambar : En.Mohd Bedol (Ketua Keselamatan), En.Rahim Hassan (T.Jiran/Pemeriksa Kira2), En.Ahmad Shamsuddin Hj.Daras (Pen.S/usaha), En.Mohd.Rosalan Sani (AJK), En.Mohd.Salihuddin Mohd.Yunus (Bendahari),


Duduk No. 2 dari kiri : En.Mohd.Salihuddin Mohd.Yunus (Allahyarham) (Bendahari)





Tuesday, September 14, 2010

Gotong Royong

Gotong Royong Kenduri Kahwin

Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah. Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu.....

Atas alasan itu maka pihak AJK KRT Taman Maran Jaya berusaha mengekalkan semangat tersebut dengan mengadakan gotong royong kenduri kahwin di rumah En. Rosalan Sani di Taman Maran Jaya.

Ahli KRT dan ahli Jiran Wanita bersama-sama berganding bahu melakukan kerja-kerja kenduri kahwin.

Gambar-gambar gotong royong kenduri kahwin



Lawatan Ke Persidangan Parlimen K.Lumpur

Program Lawatan Ke Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur

Tarikh : 10 Jun 2010
Tempat Lawatan : Persidangan Parlimen Kuala Lumpur, Masjid Putrajaya dan membeli belah di Nilai
Peserta : J/Kuasa Penduduk TMJ, J/Kuasa KRT TMJ dan J/Kuasa Jiran Wanita
Jumlah Peserta : 80 orang ( 2 buah bas)

Bergambar beramai ramai bersama YB. Dato' Hj. Ismail Hj. Abd. Muttalib


Kenangan
Sebahagian Jiran Wanita menunggu untuk masuk ke Bangunan Parlimen
Menunggu masuk ke Bangunan Parlimen


Sukaneka

Penyertaan Sukaneka Sempena Minggu Perpaduan JPNIN PRKT Daerah Maran

Tarikh : 30 Mei 2010
Tempat : Kompleks Rakan Muda Daerah Maran
Peserta : KRT TMJ menghantar 21 ahli KRT dan Jiran Wanita
Acara : Sukaneka dan Sepak Raga Bulat
(5 peserta sebagai urusetia)

Gambar-gambar Sukaneka
Kak Su penuh semangat membawa bola pingpong dlm sudu
Peserta memberi semangat
Pak Cat menimbang sepak raga bulat
Wakil peserta Jiran Wanita KRT TMJ
Acara "semakin jauh semakin sayang"
Hayunan bola kelapa Abg Halim - dengan penuh gaya dan semangat
YB Ahli Parlimen Maran beramah mesra dengan peserta