MASA : SELEPAS SOLAT SUNAT AIDILADHA
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA
Sempena Hari Raya Korban seramai 21 orang peserta telah menunaikan Ibadah Korban dengan menyembelih 3 ekor lembu. Lebih 100 orang telah hadir untuk menyertai gotong royong bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Hari Raya Korban mengingatkan umat Islam pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail, Kisah mereka menjadi sebutan dan sering menjadi cerita yang diulang setiap kali menjelang Aidiladha.
Ujian kehidupan tersirat 1,000 hikmah.
Pasrah atas apa berlaku adalah sifat mulia, terpuji dituntut ajaran Islam.