Monday, April 25, 2011

PROGRAM LAWATAN KRT ZON A DAERAH MARAN 2011

TARIKH : 22 HINGGA 24 APRIL 2011

PESERTA : 44 PESERTA TERDIRI PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN BENDARI BAGI 11 KRT DALAM ZON A DAERAH MARAN

LOKASI LAWATAN
  • KRT BANDAR JERTIH, BESUT, KUALA TERENGGANU (KRT TERBAIK)
  • KRT SIMPANG TIGA, JERTIH, BESUT (MAKAN MALAM)
  • PUSAT UKIRAN KAYU BESUT
  • PUSAT MINDA BESUT
  • BUKIT KELUANG
  • TAMAN TAMADUN ISLAM (MENAIKI BOT MELIHAT PEMANDANGAN MENARIK TMN TAMADUN ISLAM DAN BANDAR K.TERENGGANU. 
  • MEMBELI BELAH DI PASAR PAYANG DAN NOOR ALFA BATIK K.TERENGGANU
  • MEMBELI KEROPOK DI KG LOSONG
 Rombongan tiba di perkarangan Masjid Jertih Besut
jam 6.10 pagi 23/4/11disambut Pengerusi KRT Bandar Jertih.











Monday, February 28, 2011

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI 1 MALAYSIA BERSAMA PLKN INDERA PAHLAWAN

ANJURAN : PEJABAT PENERANGAN MARAN DAN PLKN INDERA PAHLAWAN
DENGAN KERJASAMA :  J/KUASA KRT TAMAN MARAN JAYA DAN J/KUASA SURAU AT TAQWA TMJ

TARIKH :  26 FEBRUARI 2011 (SABTU)

MASA :  MULAI JAM 8.00 PAGI

TEMPAT : TAMAN MARAN JAYA

JUMLAH PELATIH PLKN DAN PEGAWAI SERTA JURULATIH PLKN :  550 ORANG

ANGGARAN AJK DAN PENDUDUK HADIR :  100 ORANG

PIHAK J/KUASA KRT TMJ MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA   PEJABAT PENERANGAN MARAN DAN PLKN INDERA PAHLAWAN KERANA TELAH MEMILIH TAMAN MARAN JAYA SEBAGAI LOKASI PROGRAM. 

DIKESEMPATAN INI JUGA PIHAK KRT TMJ MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH KEPADA WARGA PENDUDUK TMJ YANG SUDI MELAPANGKAN MASA BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.

SESUNGGUHNYA SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG IKHLAS ITU AMAT DIHARGAI..








































KLIP VIDEO















Saturday, February 12, 2011

PERTANDINGAN AZAN, HAFAZAN DAN TULISAN KHAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432HIJRAH PERINGKAT KRT TAMAN MARAN JAYA

MAKLUMAN

KRT TAMAN MARAN JAYA AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN AZAN, HAFAZAN DAN TULISAN KHAT PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH  :  19 FEBRUARI 2011 (SABTU)
MASA  :  8.00 PAGI
TEMPAT  :  PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA

JUSTERU ITU, SEMUA ANAK ANAK (TUNAS JIRAN DAN JIRAN MUDA) YANG TINGGAL DI KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN MARAN JAYA DIPELAWA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT.

BUTIR BUTIR PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
  • AZAN (L) UMUR 7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN (TUNAS JIRAN)
  • HAFAZAN (L/P) UMUR 7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN (TUNAS JIRAN)
  • TULISAN KHAT (L/P) UMUR 13 TAHUN HINGGA 21 TAHUN (JIRAN MUDA) 
SEMUA PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. KEPUTUSAN PEMENANG ADALAH BERDASARKAN KEPUTUSAN HAKIM YANG DILANTIK.
SILA HANTAR PENYERTAAN MELALUI URUSETIA PESERTA KELAS QIRAATI AL-AMIN TAMAN MARAN JAYA PADA ATAU SEBELUM 15 FEBRUARI 2011.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN 013-9662117


ATURCARA :

                             8.00 Pagi   : -   Berkumpul di Perkarangan Surau Al Taqwa
                                                     Taman Maran Jaya
                                                 -   Selawat
                                                 -   Pertandingan
                                                      -  Azan
                                                      -  Hafazan
                                                      -  Tulisan Khat
                             10.00 Pagi :  -   Majlis Perasmian Penutup
                                                 -   Persembahan Nasyid
                                                 -   Persembahan Nazam
                                                 -   Ucapan Pengerusi KRT / Surau
                                                 -   Ucapan Perasmian Penutup
                                                 -   Penyampaian Hadiah Pertandingan
                                                 -   Jamuan

                                        Mlm : -   Ceramah Agama
 

"SEMUA PENDUDUK TAMAN MARAN JAYA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H"



Wednesday, January 26, 2011

CERAMAH MOTIVASI PENGHIJRAHAN

ANJURAN : KRT & SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA

PENCERAMAH BEBAS : TN. HJ. AZMIL MUSTAFA (BEKAS PELAKON)
TARIKH : 25 JANUARI 2011
MASA : SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA
KEHADIRAN : ANGGARAN 200 JEMAAH

PENGHIJARAH SUATU KEPERITAN DAN KEBAHAGIAAN

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.
Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.
Keperitan dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan  niat yang baik. Penghijrahan itu tidak akan berlaku seandainya keadaan pada waktu ini sudah aman, tenteram dan damai (dalam banyak aspek kehidupan). Tercetusnya tindakan seseorang itu untuk  berhijrah adalah disebabkan oleh kurangnya rasa bahagia di dalam hidupnya kini. Demi menuju kebaikan diri dan umat khususnya, maka hati yang benar-benar ingin mencari kebaikan di dunia ini pasti menjadi pemangkin seseorang itu untuk berhijrah demi menuju kebaikan.
Sesungguhnya apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”
Jika apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t., maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian Allah s.w.t.? Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah s.w.t., maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t. seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w?
Kita melihat penghijrahan Nabi s.a.w. itu sebagai sesuatu yang telah terjadi dan telah kita ketahui kesannya, maka daripada itu kita melihat apakah makna sebenar penghijrahan. Penghijrahan yang kita fahami daripada peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w. merupakan suatu perkara yang membincangkan hal hijrah yang lengkap dalam aspek kehidupan seharian.
Dalam kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan.
Penghijrahan itu suatu perkara yang berat, setiap perkara yang dirasakan berat itu merupakan suatu bebanan, setiap bebanan yang kita rasai pula merupakan suatu ujian yang datang daripada Allah s.w.t.. Setiap ujian Allah s.w.t. itu bertujuan untuk mengesan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya, setiap ujian yang kita hadapi itu hanya bertujuan untuk kebaikan diri kita, jika bukan di dunia, maka di akhiratlah kebaikan itu muncul. Sesungguhnya, hanya insan-insan yang sedar akan ujian itu diberikan kepadanya sahaja yang akan memahami bahawa ia bertujuan untuk kebaikan. Atas kesedaran itu, maka muncul pula tindakan untuk menggapai kebaikan di sebalik ujian yang dihadapi. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, hikmah itu perlu dicari, pencariannya haruslah bersama kesedaran yang mengiringi, dan setiap kesedaran itu harus berteraskan aqidah yang betul dan hakiki di sisi Allah s.w.t..
Allahu’alam

Y.Bhg. Tn. Hj. Azmil Mustafa (bekas pelakon) menyampaikan
ceramah tajuk penghijrahan


Sebahagian jemaah yang hadir   

Kehadiran jemaah amat menggalakkan sehingga melimpah
ke veranda dan kanopi surau TMJ


Thursday, January 6, 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

ANJURAN : JIRAN WANITA KRT TAMAN MARAN JAYA

TARIKH : 1 JANUARI 2011 (SABTU) BERSAMAAN 26 MUHARRAM 1432H

TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA

PENYERTAAN : 72 KELUARGA

Walaupun 10 Muharram @ hari Asyura sudah berlalu namun thaqafah tentang kelebihan hari tersebut tidak boleh kita kesampingkan. Malah ia adalah maklumat tambahan bagi kita lebih lebih lagi kita selaku umat Islam perlu cakna akan maklumat sebegini.
Jika diimbas kembali, tarikh asyura ini adalah berdasarkan kepada 10 Muharram dalam kalendar Islam yang tersimpan lipatan sejarah yang Allah jadikan pada hari tersebut. Kita boleh dapatkan sebagai peristiwa yang agung melalui kitab kitab muktabar.
Perkara yang sering menjadi adat pada hari asyura dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA. Namun itu, hari bukan menjadi ukuran tetapi gandingan kerjasama kita dalam merealisasikan bubur asyura itu disandarkan.

Untuk makluman sekalian, program sebegini diadakan setiap tahun.
Kita sedia maklum bahawasanya bubur asyura ini akan menggabungkan 10 jenis campuran yang disinonimkan dengan 10 Muharram ini. Kalau di Malaysia misalnya, ia mengikut negeri masing masing dan cara yang tersendiri.

TERIMA KASIH
kepada semua yang berganding bahu berjinjing tangan merialisasikan masakan bubur asyura.



Menyiapkan bahan dan ramuan bubur asyura 

Pengerusi Jiran Wanita Pn. Hjh. Asiah meneliti senarai penyertaan masak bubur asyura







KLIP VIDEO YANG MENCUITKAN HATI...