Tuesday, September 14, 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul 1431H



Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Salam Maulidur Rasul buat rakan seIslam sekalian,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
Pihak AJK KRT Taman Maran Jaya  2010 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman seIslam.
Justeru itu satu Program Sambutan Maulidur Rasul 1431H anjuran bersama J/Kuasa Penduduk TMJ, Surau Al Taqwa TMJ, Surau Al Firdaus TMJ dan KRT TMJ mengadakan sambutan tersebut pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 8.00 am - 11.45 am
Tempat mula perarakan : Perkarangan Surau Al Firdaus TMI
Tempat akhir perarakan : Perkarangan Surau Al Taqwa TMJ
Tempat ceramah : Perkarangan Surau Al Taqwa TMJ
VIP yang hadir : YB Dato' Hj Ismail b. Abd Muttalib (Ahli Parlimen Maran), YB. Dato' Hj. Munawar b. Hj Abd. Jalil (ADUN Kaw. Luit)
Kehadiran Peserta : 700 - 900 orang
En. Haris Suhairi b. Abdullah (Pengerusi KRT TMJ)
Pengerusi J/Kuasa Penduduk TMJ Menunggu ketibaan YB
Perarakan bermula
Diketui oleh YB Ahli Parlimen Maran bersama YB ADUN Kaw. Luit
Pak Cat tersenyum riang
Kelihatan Awang dan Abu melambaikan tangan
Ahli Jiran Muda membawa sepanduk
Menjamu selera

KRT TAMAN MARAN JAYA


Sejarah dan aktiviti KRT Taman Maran Jaya

Monday, September 13, 2010

Acara Rebut Gula-Gula 15 & 16 Julai 2010 sempena Program Pertandingan Futsal Kain Pelikat

FUTSAL KAIN PELIKAT


Program Pertandingan Futsal Kain Pelikat SRS & Sukaneka Jiran Wanita KRT Taman Maran Jaya

Tarikh : 15 & 16 Julai 2010
Tempat : Gelanggang Futsal TMJ
Tokoh Perasmi : Pengerusi JKKK, Keramat dan Bkt Kuin
Peserta : Ahli-ahli SRS dan ahli-ahli Jiran Wanita

Gambar-gambar pertandingan futsal.

Pengerusi JKKK Bak Bak sampaikan hadiah pemenang
Pengerusi KRT menerima cenderamata
Pak Cat & Zali
Pengerusi KRT TMJ Cikgu Suhairi Abdullah
Peserta Futsal
Hadiah
Juara Pasukan Hang Lekiu
Tengah: Pengerusi Jiran Wanita Hjh. Asiah Jamaludin, Kanan: Wakil JPNIN Maran


Saksikan Video Klip Perlawanan Akhir Futsal Kain Pelikat yang mendebarkan...





Pada hari itu juga pertandingan merebut gula-gula untuk kanak-kanak diadakan. Saksikan telatah anak-anak KRT serta penduduk Taman Maran Jaya


Sunday, September 12, 2010

Program Gotong Royong Perdana

Aktiviti dan Program KRT Taman Maran Jaya

Program Gotong Royong Perdana Juara Rakyat 1 Malaysia Prkt DUN Luit Parlimen Maran.
Anjuran UMNO bahagian Maran dengan kerjasama KRT Taman Maran Jaya. 
Tarikh : 11 April 2010
Tempat : Taman Maran Jaya
Peserta : UMNO Cawangan berhampiran, JKK Berhampiran, Bomba Maran, Kesihatan Maran, JPA3 Maran, Belia Daerah Maran, Majlis Daerah Maran, Alam Flora Maran dan ahli KRT serta penduduk Taman Maran Jaya.

Program Juara Rakyat

Kiri: Tn. Hj. Ismail Mat Resat AJK Bhgn UMNO Maran, Dato' Pegawai Daerah Maran, YB. Dato Ahli Parlimen Maran, Jurutera JPS Maran
Ahli KRT dan penduduk Taman Maran Jaya
JPA3




 
LOGO KRT


Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu

Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab

Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

Friday, September 10, 2010

Selamat Datang ke Blog KRT Taman Maran Jaya

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia,

Pihak KRT Taman Maran Jaya ingin mengucapkan "Selamat Datang" ke Blog ini.

Semoga dengan adanya blog rasmi ini dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara ahli dan penduduk Taman Maran Jaya.

InsyaAllah segala aktiviti dan maklumat KRT TMJ akan dimuatkan dalam blog ini. Justeru itu, pandangan dan buah fikiran tuan / puan akan dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi blog ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"


Zulkepli bin Haron
Setiausaha KRT TMJ