Saturday, November 20, 2010

MAJLIS KORBAN PERPADUAN KRT TAMAN MARAN JAYA 2010

TARIKH : 17 NOVEMBER 2010 BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1431H

MASA :  SELEPAS SOLAT SUNAT AIDILADHA

TEMPAT :  PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA

Sempena Hari Raya Korban seramai 21 orang peserta telah menunaikan Ibadah Korban dengan menyembelih 3 ekor lembu. Lebih 100 orang telah hadir untuk menyertai gotong royong bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Hari Raya Korban mengingatkan umat Islam  pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail, Kisah mereka menjadi sebutan dan sering menjadi cerita yang diulang setiap kali menjelang Aidiladha.

Ujian kehidupan tersirat 1,000 hikmah.

Pasrah atas apa berlaku adalah sifat mulia, terpuji dituntut ajaran Islam.








 

Thursday, November 4, 2010

PROGRAM SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH MARAN

ANJURAN :  IPD Daerah Maran

TARIKH :  30hb Oktober 2010 (Sabtu)

MASA :  8.00 pagi - 2.30 petang

TEMPAT :  Perkarangan IPD Daerah Maran / Balai Polis Maran

KRT Taman Maran Jaya telah menghantar ahli SRS seramai 5 orang sebagai peserta.

Sebahagian peserta dari KRT seluruh daerah Maran yang menghadiri program
tekun mendengar ucapan aluan Ketua Polis Daerah Maran

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mentor
disediakan untuk mengendalikan program.

Semua peserta dibawa ke setiap unit dan bahagian IPD Maran dan diberi penerangan
yang jelas. Pengalaman yang berharga..





KURSUS PENGENDALIAN DOKUMENTASI RUKUN TETANGGA & SEMINAR KEUSAHAWANAN JIRAN WANITA PERINGKAT DAERAH MARAN TAHUN 2010

ANJURAN :  KRT Taman UiTM Pahang Bersama JPNIN Daerah Maran (Jabatan Perdana Menteri)

TARIKH :   23hb. Oktober 2010 ( Sabtu )

MASA :  8.00 Pagi - 5.00 Petang

TEMPAT :  Dewan Auditorium 1 dan Auditorium 2 UiTM Jengka Pahang

KRT Taman Maran Jaya telah menghantar 8 orang wakil sebagai peserta
terdiri daripada S/usaha, Bendahari, Ketua Jiran Muda dan AJK Jiran Wanita. 

Sebahagian peserta yang menghadiri kursus.

Kursus, seminar dan ceramah antara saluran untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta pengalaman..