Pengenalan


Penubuhan KRT Taman Maran Jaya bermula dengan cadangan dan keputusan bersama dalam Mesyuarat J/kuasa Penduduk Taman Maran Jaya 1/2008 pada 14/8/2008.

Permohonan penubuhan KRT di Taman Maran Jaya dimajukan kepada pihak JPNIN melalui surat JKPTMJ/01(02) bertarikh 15/8/2008. Segala keperluan dokumen, senarai J/kuasa Penaja dan beberapa siri perjumpaan penduduk dan taklimat telah diatur sebagai proses cadangan mewujudkan KRT di Taman Maran Jaya. 

Alhamdulillah pihak JPNIN telah meluluskan penubuhan KRT di Taman Maran Jaya melalui satu Watikah / Sijil No. Notis Penetapan: RT 06104260 bertarikh 10/2/2009.

J/kuasa KRT TMJ seterusnya mengorak langkah dengan mewujudkan Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Muda dan Tunas Jiran. Seterusnya pada masa yang sama memohon mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pihak JPNIN meluluskan penubuhan SRS melalui Watikah / Sijil No. Notis Penetapan: SRS 42601 bertarikh 10/6/2009.

Kini pelbagai aktiviti KRT TMJ telah dilaksanakan dengan menggunakan geran peruntukan yang diluluskan. Aktiviti yang menjuruskan kepada perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim seperti mengadakan gotong royong kebersihan, sukan, kelas pendidikan, ceramah agama, lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Manakala SRS menjurus kepada aktiviti keselamatan seperti mengadakan rondaan dan kawalan di kawasan TMJ. Anggota SRS KRT di Taman Maran Jaya  seramai 99 orang menjalankan tugas rondaan dan kawalan secara sukarela setiap malam mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu SRS juga melaksanakan aktiviti seperti BBQ, Pertandingan Futsal SRS dan sebagainya.

Majlis pelancaran SRS KRT TMJ telah dirasmikan oleh YB. Dato’ HJ. Ismail b. Hj. Abd. Muttalib Ahli Parlimen Maran pada 7/8/2009.

Kini J/kuasa KRT TMJ sedang merancang untuk melaksanakan Majlis Perasmian KRT TMJ.

Semoga segala aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua penduduk di TMJ ini. TMJ dibuka tahun 2000 dan anggaran penduduk hampir 2000 orang.

Diharapkan dengan adanya KRT di Taman Maran Jaya ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dikalangan penduduk.   


Disediakan oleh:

Setiausaha KRT TMJ

Tarikh : 14/9/2010