Tuesday, September 14, 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul 1431H



Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Salam Maulidur Rasul buat rakan seIslam sekalian,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
Pihak AJK KRT Taman Maran Jaya  2010 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman seIslam.
Justeru itu satu Program Sambutan Maulidur Rasul 1431H anjuran bersama J/Kuasa Penduduk TMJ, Surau Al Taqwa TMJ, Surau Al Firdaus TMJ dan KRT TMJ mengadakan sambutan tersebut pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 8.00 am - 11.45 am
Tempat mula perarakan : Perkarangan Surau Al Firdaus TMI
Tempat akhir perarakan : Perkarangan Surau Al Taqwa TMJ
Tempat ceramah : Perkarangan Surau Al Taqwa TMJ
VIP yang hadir : YB Dato' Hj Ismail b. Abd Muttalib (Ahli Parlimen Maran), YB. Dato' Hj. Munawar b. Hj Abd. Jalil (ADUN Kaw. Luit)
Kehadiran Peserta : 700 - 900 orang
En. Haris Suhairi b. Abdullah (Pengerusi KRT TMJ)
Pengerusi J/Kuasa Penduduk TMJ Menunggu ketibaan YB
Perarakan bermula
Diketui oleh YB Ahli Parlimen Maran bersama YB ADUN Kaw. Luit
Pak Cat tersenyum riang
Kelihatan Awang dan Abu melambaikan tangan
Ahli Jiran Muda membawa sepanduk
Menjamu selera

No comments:

Post a Comment