Thursday, January 6, 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

ANJURAN : JIRAN WANITA KRT TAMAN MARAN JAYA

TARIKH : 1 JANUARI 2011 (SABTU) BERSAMAAN 26 MUHARRAM 1432H

TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL TAQWA TAMAN MARAN JAYA

PENYERTAAN : 72 KELUARGA

Walaupun 10 Muharram @ hari Asyura sudah berlalu namun thaqafah tentang kelebihan hari tersebut tidak boleh kita kesampingkan. Malah ia adalah maklumat tambahan bagi kita lebih lebih lagi kita selaku umat Islam perlu cakna akan maklumat sebegini.
Jika diimbas kembali, tarikh asyura ini adalah berdasarkan kepada 10 Muharram dalam kalendar Islam yang tersimpan lipatan sejarah yang Allah jadikan pada hari tersebut. Kita boleh dapatkan sebagai peristiwa yang agung melalui kitab kitab muktabar.
Perkara yang sering menjadi adat pada hari asyura dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA. Namun itu, hari bukan menjadi ukuran tetapi gandingan kerjasama kita dalam merealisasikan bubur asyura itu disandarkan.

Untuk makluman sekalian, program sebegini diadakan setiap tahun.
Kita sedia maklum bahawasanya bubur asyura ini akan menggabungkan 10 jenis campuran yang disinonimkan dengan 10 Muharram ini. Kalau di Malaysia misalnya, ia mengikut negeri masing masing dan cara yang tersendiri.

TERIMA KASIH
kepada semua yang berganding bahu berjinjing tangan merialisasikan masakan bubur asyura.



Menyiapkan bahan dan ramuan bubur asyura 

Pengerusi Jiran Wanita Pn. Hjh. Asiah meneliti senarai penyertaan masak bubur asyura







KLIP VIDEO YANG MENCUITKAN HATI...

No comments:

Post a Comment