Monday, May 25, 2020

Sejarah tercipta semua JK serta komuniti KRT Taman Maran Jaya menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1441H/ 2020M di rumah masing masing ekoran penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Corona Virus kini dikenali Covid-19 telah melanda ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 iaitu PKP Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. Kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 10 Mei hingga 10 Jun 2020. Moga dengan izin Allah SWT penularan Covid-19 ini akan berakhir cepat. Bagi pihak KRT Taman Maran Jaya mengucapkan sejuta penghargaan terima kasih kepada semua komunit KRT Taman Maran Jaya kerana mematuhi PKP dan PKPB serta mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Moga kita semua dilindungi serta dirahmati Allah SWT. "Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin" #dudukrumah #kitajagakita















No comments:

Post a Comment