Tuesday, September 14, 2010

Gotong Royong

Gotong Royong Kenduri Kahwin

Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah. Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu.....

Atas alasan itu maka pihak AJK KRT Taman Maran Jaya berusaha mengekalkan semangat tersebut dengan mengadakan gotong royong kenduri kahwin di rumah En. Rosalan Sani di Taman Maran Jaya.

Ahli KRT dan ahli Jiran Wanita bersama-sama berganding bahu melakukan kerja-kerja kenduri kahwin.

Gambar-gambar gotong royong kenduri kahwin



1 comment: